Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Polis Dihargai, Dapat Bunga...

GAMBAR seorang kanak-kanak memberikan sekuntum bunga kepada seorang anggota polis trafik menjadi viral...

Tonjol Persamaan, Rai Kepelbagaian...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat Malaysia...

Pelayaran Paling Lama, Keliling...

DIKATAKAN sebagai pelayaran persiaran berterusan paling lama di dunia, setiap individu perlu membayar...

24 Syarikat Malaysia Sertai...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 24 syarikat Malaysia yang terlibat dalam segmen barangan pengguna...

Mayat Dua Remaja Lemas Di Sungai Jorak Ditemui

MUAR – Mayat dua sahabat karib yang lemas selepas terjatuh dari jeti Kampung Jorak, Bukit Pasir, di sini dua hari lalu, ditemui masing-masing malam tadi dan awal hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar, Marzuki Ismail berkata, mangsa pertama yang dijumpai oleh orang awam pada jam 10.11 malam ialah Elis Norfairusnizam Sidek, 15, kira-kira 150 meter dari jeti tempat kejadian.

“Mangsa kedua pula Muhammad Afiq Asyraf Mohamad Najib, juga 15 tahun, ditemui pada pukul 3.49 pagi ini oleh orang awam pada jarak lebih kurang 50 meter dari jeti tersebut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Rabu lalu, dua sahabat itu dipercayai terjatuh dari jeti ketika bermain pada kira-kira jam 6.30 petang.

Seorang daripada mereka dipercayai tergelincir dan difahamkan rakannya cuba membantu tetapi turut tenggelam dan dihanyutkan arus deras.


Marzuki berkata, mayat kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk bedah siasat.

Katanya operasi mencari dan menyelamat itu melibatkan lebih 70 anggota termasuk unit menyelam.

Sementara itu, bapa Muhammad Afiq Asyraf, Mohamad Najib Attan, 48, menerusi laman sosial Facebook miliknya turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu, berdoa dan memberi kata-kata semangat kepada mereka sekeluarga. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori