Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Susun Langkah Haram...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengambil langkah sementara bagi mengekang perkahwinan melibatkan kanak-kanak...

Acara Atau Parti Gay...

MANILA – Kerajaan Malaysia tidak akan membenarkan sebarang acara atau parti gay yang...

Video Kemesraan Siti Hasmah...

NEW DELHI - Tun Dr. Siti Hasmah, wanita pertama Malaysia yang amat disegani...

Hanez Suraya Akui Suami...

SEMENJAK mendirikan rumah tangga, pelakon Hanez Suraya sudah jarang kelihatan muncul dalam mana-mana...

Mayat Lelaki Disambar Buaya Ditemui

BETONG – Mayat Bob Danok, lelaki yang disambar buaya di Sungai Rimbas, dekat Debak petang semalam, ditemui malam tadi.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Aidil Bolhassan, berkata mayat mangsa berusia 31 tahun itu ditemui penduduk kampung pada jam 8.30 malam tadi berdekatan lokasi kejadian.

Beliau berkata, beberapa kesan kecederaan ditemui pada lengan kiri mangsa, dipercayai kesan gigitan reptilia ganas itu.

“Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Betong untuk proses bedah siasat,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang semalam, mangsa menyusuri Sungai Rimbas bersama dua kanak-kanak lelaki berusia 12 dan 14 tahun untuk mencari buah pedada.


Ketika dua kanak-kanak itu memanjat pokok memetik buah, Bob dikatakan menunggu di dalam sungai.

Seekor buaya dianggarkan sepanjang lima meter tiba-tiba menyambarnya dan mengheret ke tengah sungai.

Kejadian itu disaksikan dua kanak-kanak terbabit yang kemudiannya memaklumkan kepada penduduk kampung sebelum menghubungi polis. – Berita Harian Online

https://youtu.be/RmclTRfs2L8

  • Lagi berita berkaitan:
  • Buaya

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori