Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

La Liga: Zinedine Zidane...

MADRID - Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane dijadual bertembung buat kali pertama dengan...

VIDEO: Cara Senang Nak...

SIAPA kat sini suka makan epal, tapi macam malas jer nak menggigit atau...

Gambar Didie Alias Manis...

JIKA dilihat, walaupun sibuk dengan tugasannya sebagai seorang pelakon dan pengacara, Didie Alias...

PRU-14: 1,100 Individu, NGO...

KUALA LUMPUR - Polis telah mengenal pasti kira-kira 1,100 individu dan organisasi yang...

MDKL Sita 74 Kerusi, 16 Meja Makan Letak Di Parkir

KUALA LUMPUR – Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) menyita sebanyak 74 kerusi dan 16 meja daripada peniaga dalam satu operasi di sekitar Banting, Selangor baru-baru ini.

Yang Dipertua MDKL, Mohd. Azhar Mohamed Ali berkata, tindakan itu kerana kerusi dan meja makan tersebut diletakkan di kawasan parkir letak.

“Operais di Jalan SPU 1 dan Jalan SPU 2, Bandar Saujana Putra itu bagi mengelakan kejadian yang tidak diingini yang boleh menggugat keharmonian masyarakat.

“Peniaga terbabit membahayakan pengunjung dengan meletakkan kerusi dan meja di parkir letak kereta,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Azhar berkata, tindakan peniaga terbabit mengundang bahaya ke atas pelanggan sekiranya terdapat kenderaan yang terbabas di kawasan parkir tersebut.


Justeru, katanya, orang ramai juga dinasihatkan mengutamakan keselamatan dalam memilih persekitaran premis yang selesa dan selamat kepada diri dan keluarga.

Menurutnya, peniaga terbabit dikenakan kompaun maksimum RM500 di bawah Seksyen 46 (1) (a) Akta Jalan Parit & Bangunan 1974 (Akta 133).

“Tindakan kompaun ini dikenakan bagi memberikan kesedaran kepada semua peniaga di daerah ini supaya tidak sewenang-wenangnya meletakkan kerusi dan meja ditempat yang tidak dibenarkan untuk mengaut keuntungan,” katanya. – MYNEWSHUB.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • sita

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori