Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Orang Utan Di Perth...

PERTH - Spesies primat bernama Puan yang berusia 60 tahun dan kini menetap...

Banjir: Balai Polis Kuala...

DUNGUN - Balai Polis Kuala Jengai di sini ditutup sementara setelah dinaiki air...

4 Negeri Terima RM61.32...

KUALA LUMPUR - Jumlah hasil petroleum yang dibayar kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan...

Mazlan Mansor Dilantik Sebagai...

SHAH ALAM – Bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor dilantik sebagai Ketua...

Menu Gerai Kak Murni Masih Kekalkan Harga RM1

RUPA-RUPANYA dalam keghairahan sesetengah peniaga menaikkan harga berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang mula diguna pakai sejak 1 April lalu, masih ada lagi peniaga di luar sana yang masih mengekalkan harga asal barangan dan makanan yang dijual mereka.

Salah satu daripadanya ialah Gerai Kak Murni yang terletak di Kampung Sungai Buaya, Nibong Tebal, Pulau Pinang yang mana masih lagi mengekalkan harga asal kesemua makanan yang dijual.

Juadah makanan yang dijualnya sejak 10 tahun lalu antaranya laksa, mi, bihun serta ais batu campur (ABC) masih lagi dijual dengan harga RM 1!

Wah, memang betul-betul murah dan berpatutan!

Menurut pemiliknya, Murniza Md Isa, 35, atau Kak Murni kepuasan pelanggan lebih diutamakan termasuk kualiti makanan yang dihasilkannya.


“Apa yang penting bagi saya adalah kepuasan pelanggan dengan memastikan laksa dan makanan lain yang dijual kekal lazat seperti sebelum ini,” katanya memetik Harian Metro.

Walaupun mengakui terpaksa membeli bahan mentah yang lebih mahal selepas GST dikuatkuasakan, namun Kak Murni enggan menaikkan harga RM1 yang sekian lama menjadi trademark warungnya di kalangan penduduk setempat.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=KQfO62H6mEc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori