Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Ketua Pembangkang Cadang Bubar...

JOHOR BAHRU - Pengerusi UMNO Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad akan mohon mengadap...

Perarakan Dan Perlumbaan Bot...

KOTA BHARU – Sambutan Bulan Kebangsaan di Kelantan meriah dengan perarakan 61 bot...

Rafizi Bikin Pembangkang ‘Naik...

KUALA LUMPUR: Beberapa ahli Parlimen pembangkang 'naik angin' di Dewan Rakyat hari ini,...

Benarkan Batal HSR Tidak...

PEMBATALAN projek keretapi laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun...

Nasib Bayi Kembar ‘Tanpa Tempurung Kepala’ Menyayat Hati

Sebelum ini, kami ada menyiarkan artikel kondisi seorang bayi kembar dari Dabong, Kuala Krai yang menghidap penyakit ganjil.

BACA: Bayi Kembar Hidap Penyakit Aneh Perlukan Bantuan

Penderitaan bayi dilahirkan tanpa tempurung kepala ini menarik perhatian dan simpati ramai apabila dikongsi dalam laman Facebook.

Apatah lagi, bayi malang yang dikenali sebagai Muhamad Khalid baru berusia 15 hari.

Menerusi laporan Harian Metro, doktor mengesahkan bayi ini menghidap penyakit yang dikenali sebagai Anencephaly iaitu ketiadaan tulang tengkorak serta sebahagian otak.

Tambah menyayat hati, doktor meramalkan umur bayi kembar ini tidak panjang.

Namun bagi ibu bapa bayi berkenaan, Yuhairi Ghani dan Norshahilla Earnie mereka tetap akan berusaha mencari inisiatif dalam merawat penyakit anaknya itu.NSTP


“Saya akan tetap usaha cari rawatan terbaik untuk dia walaupun doktor meramalkan umurnya tidak panjang.

“Dia anak saya dan terlalu kecil untuk menderita. Saya sanggup korban apa saja untuk dia,” kata Yuhairi.

Bayi berkenaan turut mempunyai kembar yang dilahirkan normal dan tanpa kecatatan yang dinamakan Muhamad Talid.

Kedua bayi kembar ini dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean pada 25 Mac lalu di Hospital Kuala Krai (HKK). – MYNEWSHUB.CC

Oleh: FARAH

https://www.youtube.com/watch?v=pGafyjekIvc

  • Lagi berita berkaitan:
  • bayi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori