Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jangan Salah Guna Peluang,...

KUALA LUMPUR - "Saya rayu, tolong jangan salah guna ruang, peluang dan kuasa,”...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di Pekan dan Rompin setakat 9 malam ini...

Tidak Wajar Label NGO...

KLANG - Bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyifatkan tindakan melabel badan...

Jho Low Buat Laman...

KUALA LUMPUR - Peguam bela Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho...

MIC Lancar Tabung Kemanusiaan Bantu Nepal

KUALA LUMPUR – MIC menyeru semua pihak menyalurkan sumbangan berbentuk kewangan dan barangan menerusi Tabung Kemanusiaan Yayasan Strategik Sosial (YSS) bagi meringankan beban mangsa gempa bumi di Nepal.

Pengarah Strategik MIC, K. Ramalingan berkata pihaknya bersama YSS menjalin kerjasama bagi mengumpul dana sebanyak RM500,000 untuk diserahkan kepada kedutaan Nepal di sini, selewat-lewatnya dalam masa tiga hari.

“Bantuan dalam bentuk kewangan lebih diutamakan. Bagaimanapun, sumbangan dalam bentuk barangan seperti air mineral, selimut, pek makanan dan keperluan asas perubatan juga boleh dibuat dan dihantar terus ke pejabat kami.

“Orang ramai boleh menghantar terus sumbangan ke Ibu Pejabat MIC di alamat Menara Manickavasagam, No.1, Jalan Rahmat, di sini,” katanya pada sidang akhbar sempena Pelancaran Tabung Kemanusiaan YSS Bagi Misi Bantuan Gempa Bumi Nepal, di sini, hari ini.

Beliau berkata bantuan kewangan bagi mengisi tabung itu boleh dibuat menerusi akaun CIMB Bank Berhad di bawah nama YSS Tabung Bencana Alam, nombor akaun 8007372487.


Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi YSS di talian 03-40415958 atau 03-40453859.

Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Nepal di kawasan antara ibu negaranya, Kathmandu dengan bandar Pokhara pada 2.56 petang (waktu Malaysia) pada Sabtu. Beberapa kejadian gempa susulan turut berlaku.

Setakat ini, tragedi gempa bumi paling buruk melanda Nepal dalam tempoh 81 tahun itu, dilaporkan telah mencatat kira-kira 5,000 kematian dan lebih 8,000 orang cedera. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori