ISTERI Presiden Amerika Syarikat, Michelle Obama telah mendedahkan apa yang beliau ingin kecapi selepas berakhirnya kepimpinan Barack Obama satu masa nanti.
Menerusi temubual bersama pengacara terkenal Rachel Ray, Michelle berkataĆāĆĀ beliau sangat merindui saat bersiar-siar bersama suaminya itu selepas sudah tujuh hingga lapan tahun tidak berbuat demikian.
“Saya juga ingin memandu kereta dengan tingkap terbuka,” kata Michelle yang kini tidak lagi dibenarkan memandu.
Michelle turut mendedahkan anak perempuannya, Malia, 16, diajarĆāĆĀ agensi rahsia untuk memandu.
“Mereka tidak membenarkan saya bersamanya di dalam kereta,” tambah Michelle.
Baginya, memandu akan membuatkan anaknya itu berasa normal sama seperti remaja lain dan beliau mahukan Malia menjalani kehidupan sama seperti remaja biasa.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: SYFQAKHIR