Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Alunan Ayat Al-Quran Iringi...

KUALA LUMPUR – “Allahu Akbar, Allahu Akbar,” azan Maghrib dilaungkan bilal Masjid Jamek...

‘Kebolehjangkitan Meningkat, Kekal Patuhi...

KUALA LUMPUR - Orang ramai perlu mengukuhkan langkah pencegahan selepas kadar kebolehjangkitan COVID-19...

Ops Sayang: 7 Wanita...

JOHOR BAHARU - Jabatan Imigresen Johor menahan tujuh wanita rakyat Vietnam dan seorang...

Serasi Bersama, Ezad Lazim...

PELANTUN lagu Demi Cinta, Ezad Lazim yang merasa selesa dan serasi dengan Siti...

Misteri Kemunculan Ikan Lumba-Lumba

TOKYO – Kemunculan lebih 150 ekor ikan lumba-lumba Melon-head di pantai negara ini kelmarin mencetuskan kebimbangan berlakunya kembali tragedi gempa bumi bawah laut yang mengorbankan 19,000 orang pada tahun 2011.

Walaupun tiada kajian saintifik untuk mengaitkan kedua-dua peristiwa tersebut, beberapa pendapat di internet mengaitkan kejadian 50 ekor ikan lumba-lumba Melon-head terdampar di pantai Jepun enam hari sebelum berlakunya tsunami pada tahun berkenaan.

“Apakah satu lagi akan datang? Bersiap sedialah untuk hadapi gempa bumi,” kata seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama maoeos40d.

Bangkai ikan lumba-lumba berkenaan yang dibedah oleh para saintis kelmarin tidak menemui sebarang tanda yang menyebabkan haiwan itu terdampar di pantai berdekatan Hokota, kira-kira 100 kilometer di timur laut Tokyo.

“Kami tidak menemui sebarang tanda jangkitan dalam tubuh ikan lumba-lumba itu seperti kanser. Kajian lanjut masih dilakukan bagi mencari punca kematian haiwan tersebut,” ujar pengkaji kanan Muzium Sains dan Alam Sekitar Kebangsaan, Tadasu Yamada yang dilaporkan oleh agensi berita tempatan, NHK.


Pihak kerajaan cuba menenangkan orang awam dengan menyatakan tiada data saintifik yang mengukuhkan andaian persamaan kedua tragedi tersebut.

Bagaimanapun, rekod menunjukkan sebelum kejadian gempa bumi melanda bandar Christchurch pada 20 Februari 2011, terdapat lebih 100 ekor ikan lumba-lumba mati terdampar di satu kawasan terpencil di New Zealand dua hari sebelum bencana itu berlaku. – AFP

https://www.youtube.com/watch?v=bknrVXFJi4A

  • Lagi berita berkaitan:
  • jepun

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori