Bekas peserta program Dewi Remaja, Shana Avril yang ditahan pihak polis setelah mencetuskan kontroversi apabila bertindak menayangkan payudaranya di khalayak dikhabarkan bakal dijamin oleh kakitangan sebuah gereja.
Terdahulu, wanita tersebut dipindahkan ke Penjara Wanita Kajang kelmarin setelah tiada mana-mana individu tampil untuk membayar wang ikat jaminnya.
Memetik laporan sebuah akhbar tempatan, satu sumber memberitahu bahawa seorang kakitangan sebuah gereja yang terletak di Kuala Lumpur akan hadir ke Mahkamah Majistret hari ini untuk menjamin gadis tersebut.
[Dedah Payudara Di Petaling Street, Wanita Sabah Ditahan Polis]
Namun demikian, identiti individu berkenaan tidak dapat dikenalpasti.
Shana Avril ataupun nama penuhnya, Persana Avril Sollunda ditahan di sebuah hotel bajet rendah di Jalan Sultan Ismail beberapa hari lalu setelah dia berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan payudaranya.
Dia dikatakan berkelakuan demikian akibat tidak berpuas hati dengan pekedai di Petaling Street yang meminta bayaran setelah dia memesan minuman keras di situ.
Eh…Dahla minum, kemudian tak nak bayar. Lepas tu, nak lepaskan rasa marah, boleh pula dilondehkan pakaian dalam dan luar sehingga separuh bogel. Peliknya dengan tingkah laku si Shana ni, kan? – MYNEWSHUB.CC
Oleh: ALI
https://www.youtube.com/watch?v=ogsxakaBD2A