Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tiada DNA Babi Dikesan...

Putrajaya : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesahkan tiada...

Hartawan ‘Bakhil’ Pengasas IKEA...

STOCKHOLM - Bayangkanlah hartawan dan pengasas syarikat penjual perabot IKEA, mengakui beliau amat...

Tempe, Tauhu Turut Terjejas...

JAKARTA - Kejatuhan nilai rupiah yang kini mencecah paras Rp14,000 bagi AS$1 mula...

Ada Kejutan Istimewa Hari...

PUTRAJAYA — “Tiada Usher tetapi akan ada kejutan istimewa.” Demikian jawapan ringkas Yuna, ketika...

MTUC Bantah Polis Tahan 11 Ahli NUTIW Adakan Piket

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendakwa seramai 11 ahli Kesatuan Kebangsaan Pekerja Industri Tembakau (NUTIW) ditahan pihak polis kerana mengadakan piket di Petaling Jaya, Selangor petang semalam.

Setiausaha Agungnya, N.Gopal Kishnam berkata, MTUC membantah penahanan tersebut kerana menjadi hak pekerja untuk mengadakan piket bagi menyuarakan bantahan ke atas majikan berdasarkan undang-undang negara ini.

“Tangkapan ini adalah salah dan tindakan menahan mereka selama semalam di Balai Polis Seapark tidak wajar. Pihak polis sepatutnya boleh melepaskan mereka atas jaminan polis dan mereka boleh menghadirkan diri di balai polis.

“Menahan mereka dalam lokap selama satu malam tidak diperlukan,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Gopal Kishnam mendakwa, campur tangan pihak polis dalam masalah industri antara pekerja dan majikan tidak tepat serta berharap pihak majikan tidak mengambil tindakan ke atas mereka kerana mereka sekadar melaksanakan mereka selaku pekerja.

Justeru, beliau meminta pihak polis memohon maaf keatas penahanan tersebut yang sebenarnya merupakan masalah antara pekerja dan majikan dan tidak lagi menghalang pekerja melaksanakan hak mereka. – mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • MTUC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori