Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Reaksi Rakyat Malaysia Melihat...

KITA kerap mendengar seruan demi seruan daripada para pemimpin supaya sentiasa menghormati Jalur...

Cadang Wujud Hospital Utk...

TAWAU - Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Norazlinah Arif mencadangkan agar sebuah...

Calon BN Terbaik, Lalui...

TUMPAT (Kelantan) - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed jelas...

Hampir Buta Kerana Tonton...

GARA-GARA menonton drama Korea terlalu lama, seorang gadis berusia 20 tahun di China...

Mufti Mahu Pengaruh Negatif Media Sosial Ditangani Segera

MIRI – Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) di Sarawak perlu agresif dalam merangka dan melaksanakan pelbagai program pencegahan masalah sosial melibatkan remaja yang kini, berada di tahap amat membimbangkan.

Mufti Sarawak Datuk Kipli Yassin berkata antara masalah sosial yang perlu diberi perhatian segera ialah isu vandalisme, hamil luar nikah dan pergaulan bebas yang dipengaruhi dalam laman sosial Internet.

“Sebagai contoh remaja masa kini tidak segan melakukan pelbagai salah laku dan berbangga dengan memuat naik perbuatan di laman sosial,” katanya semasa merasmikan seminar fatwa peringkat bahagian Miri di sini Rabu.

Beliau berkata, masalah sosial remaja perlu ditangani segera kerana mereka akan mewarisi kepimpinan masa akan datang.


Mengenai fatwa, beliau berkata, di negara ini hanya Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Lembaga Fatwa Negeri diberi kuasa untuk mengeluarkan fatwa kerana kedua-duanya dianggotai mereka yang pakar berkaitan hukum Islam. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=Q2LDk_-xFO0

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori