Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

KRU Feri Jatuh Ke...

KUALA PERLIS - Kru feri yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke laut pada...

Pemulihan Mural Di Bangunan...

KUALA LUMPUR - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan usahasama GDP Architect Sdn...

Bukan Salah Dominic –...

JAKARTA – Ketua jurulatih skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) negara, Datuk...

Kerana Mulut Nik Mikhail,...

MASIH lagi berkisar tentang kontroversi pasangan Aliff Aziz dan Bella Astillah. Kini, Nick...

Muhyiddin, Isteri Lawat Pameran Mahkota Jauhar Junjungan Negeri

JOHOR BAHARU – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meluangkan masa melawat pameran Mahkota Jauhar Junjungan Negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini.

Ketibaan Muhyiddin dan isteri Puan Seri Norainee Abd Rahman di pusat konvensyen itu pada 3.30 petang disambut Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) Amran A.Rahman, Pengarah Muzium Diraja Abu Bakar Datuk Paiman Keromo serta Pengarah Arkib Negara Malaysia Cawangan Johor Gowri P.S Thangaya.

Timbalan Perdana Menteri dan isteri kemudian meluangkan masa hampir sejam melawat pameran itu, yang memaparkan pelbagai gambar dan lukisan susur galur keempat-empat Sultan Johor era-moden.

Ia juga memaparkan gambar dan lukisan mengenai usaha Sultan Ibrahim (anakanda Sultan Abu Bakar) ke arah memangkinkan pembangunan Johor serta kisah Sultan Johor kini, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat.


Pameran itu yang diatur kerajaan negeri dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia Johor bermula dari 28 Mac lepas sehingga 25 April ini, bersempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor pada 23 Mac lepas.

Pameran itu turut menampilkan dokumen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895, replika adat istiadat kebesaran dan darjah kebesaran. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori