Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

NGO Pulau Pinang Tandatangan,...

GEORGE TOWN - Lebih 100 kepimpinan badan bukan kerajaan (NGO) di Pulau Pinang...

Nurul Izzah Akui PAN...

SUNGAI BESAR - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengakui Pakatan Harapan yang...

VIDEO: Lelaki Maut Dilanggar...

SEKALI lagi kemalangan maut yang membabitkan sebuah kereta perodua Myvi 'kuning' berlaku!Kali ini...

Najib: Tak Pernah Persoal...

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak ketika membuat ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO...

Muhyiddin Minum Kopi, Sarapan ‘Dengan GST’ Di Muar

MUAR – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa bersarapan di bandar ini, hari ini.

Muhyiddin ditemani Setiausaha Politiknya Datuk Tahir Taat, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Ismail Mohamed, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar Ramlee A. Rahman, Pegawai Daerah Muar Muji Salimon dan Ketua Polis Daerah Muar SAC Azman Ayob menikmati sarapan itu di sebuah kedai kopi di Jalan Ibrahim di sini, pada kira-kira 10 pagi tadi.

Sebelum beredar setengah jam kemudian, beliau sempat menunjukkan resit bayaran yang tertera nombor pendaftaran Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kedai kopi itu kepada pemberita dan jurugambar.

Semalam, Malaysia mula melaksanakan GST, yang dilihat sebagai satu pembaharuan penting dalam usaha memperkukuh ekonomi negara dengan mengambil kira kepentingan rakyat.


Langkah itu menyaksikan Malaysia menyertai lebih 160 negara di dunia yang memperkenalkan GST termasuk tujuh negara anggota ASEAN.

Pada kadar GST enam peratus – kadar yang paling rendah dalam kalangan negara ASEAN – kerajaan menyasarkan hasil dikutip untuk kegunaan pembangunan dan meningkatkan infrastruktur sosial.

– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori