Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Dadah Bernilai Hampir RM400,000...

SINGAPURA - Pegawai Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Woodlands (ICA) menemui kira-kira 1.4 kilogram...

Takziah… ADUN Lepar Meninggal...

KUANTAN - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang kawasan Lepar, Datuk Mohd Shohaimi...

25 Ekor Gajah Berkeliaran...

LAHAD DATU - Jabatan Hidupan Liar Lahad Datu dalam usaha mengusir semula 25...

Guna Ayat Al-Quran Saja...

KUALA LUMPUR - Tindakan PAS cuba menjustifikasikan rancangan parti itu untuk laksanakan undang-undang...

Muhyiddin Sedih, Terkejut Tragedi Helikopter Terhempas

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa sedih dan terkejut dengan nahas helikopter terhempas semalam.

“Saya amat sedih dan terkejut dengan tragedi yang berlaku semalam. Takziah kepada keluarga Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Datuk Azlin dan semua mangsa,” katanya dalam catatan di laman twitter beliau hari ini.

Jamaluddin, yang merupakan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dan Azlin Alias, Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, bersama empat lagi dalam perjalanan pulang dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur dengan menaiki helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB), yang terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang.

Empat lagi mangsa di dalam helikopter itu ialah juruterbang Kapten Clifford William Fournier, pembantu operasi helikopter Aidana Baizieva, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran dan usahawan Datuk Tan Huat Seang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori