KOTA BHARU – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa di sini 9 pagi ini untuk lawatan kerja sehari ke Kelantan.
Muhyiddin, yang ketibaannya disambut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, akan menghadiri mesyuarat khas pasca banjir negeri Kelantan di bilik mesyuarat, Pejabat Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) di Dabong, Kuala Krai, dan turut melakukan tinjauan ke lokasi penempatan mangsa banjir di kawasan berkenaan.
Selepas itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan, akan melakukan tinjauan ke Sekolah Kebangsaan Dabong dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong, yang terjejas banjir.
Pada sebelah petangnya, Muhyiddin akan melakukan tinjauan di sekitar Kampung Kusial di Tanah Merah serta melihat kemajuan pembinaan rumah kekal mangsa banjir di kawasan itu.
Selain itu, beliau juga akan menghadiri majlis penyerahan bantuan pemulihan ekonomi mangsa banjir di padang SMK Tanah Merah I. – BERNAMA
VIDEO SAMPINGAN – BUKAN KEJADIAN DI ATAS