Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bertegas Dengan Pihak Yang...

SHAH ALAM - Konflik agama dan kaum yang tercetus ketika ini dapat ditangani...

Tikam Orang Di Dalam...

LELAKI ditahan di Tokyo selepas menikam mati seorang individu dan mencederakan dua lagi...

Gangguan Bekalan Air Di...

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air...

Tewas 3-0, Ketua Jurulatih...

KETUA jurulatih skuad Sukan SEA Vietnam melepaskan jawatannya selepas pasukan itu tewas 0-3...

Tak Perlu Paksa Mukhriz Nyata Pendirian – Wee Ka Siong

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak perlu diberi tekanan dan paksaan untuk menyatakan pendiriannya berhubung isu sokongan UMNO Kedah kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata situasi Mukhriz ketika ini diibaratkan seperti ‘ditelan mati emak, diluah mati bapa’ menjadikan beliau amat sukar untuk menyatakan pendiriannya.

“Bila kritikan datang daripada bapanya sendiri (Tun Dr Mahathir Mohamad), suatu yang bukan mudah untuk diuruskan, ibaratkan kalau kita dalam keadaan terdesak antara parti dengan bapa, pucuk pimpinan dengan ayahanda.

“Saya tidak rasa dengan memaksanya akan menjadikan keadaan lebih baik, malahan sebaliknya, saya yakin dia mempunyai kebijaksanaan dalam membuat keputusan,” kata Weea kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Zon Utara hari ini.

Wee yang juga Timbalan Presiden MCA berkata apa yang berlaku pada UMNO Kedah ketika ini bukan krisis kepimpinan, memandangkan Mukhriz sebagai pemimpin Barisan Nasional negeri sudah semestinya akan akur dengan kepimpinan pusat.

“Kepimpinan yang amat berhormat PM memang telah diberi sokongan kuat oleh semua pihak, dan saya juga lihat sokongan demi sokongan yang datang, jadi saya tidak lihat ia sebagai satu krisis kepimpinan,” katanya.


Bagaimanapun, katanya, ramai yang hendak tahu apa pendirian menteri besar.

Wee yang melihat Mukhriz sebagai mempunyai kebijaksanaan untuk melakukan yang terbaik, yakin apa jua keputusan beliau buat adalah demi melindungi parti yang dicintainya iaitu UMNO dan BN.

Baru-baru ini, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin meminta Mukhriz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar sekiranya gagal menyokong kepimpinan perdana menteri.

Mukhriz sebelum ini berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi tentang pendirian UMNO Kedah terhadap kepimpinan Najib pada 24 April di Kuala Lumpur selepas bermesyuarat dengan kesemua pemimpin UMNO negeri itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori