Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Gagasan Saran 3 Perkara...

KUALA TERENGGANU - Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) mencadangkan tiga perkara untuk perhatian...

Amanah Buat ‘Flash Mob’,...

Pemuda Amanah dan biro mobilisasi parti itu turun ke jalan raya hari ini...

Banyak Kicauan Burung Boleh...

JAKARTA - Sekumpulan penuntut Indonesia berjaya memajukan peranti yang dapat meningkatkan lagi produktiviti...

Bangunan Sultan Iskandar Terima...

JOHOR BAHRU - Penduduk bandaraya ini gempar malam tadi apabila Bangunan Sultan Iskandar...

Mungkinkah Ini Foto Terakhir Sebelum Maut Nahas..

GAMBAR di atas, dipercayai antara foto terakhir Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias sebelum meninggal dunia dalam nahas helikopter di Semenyih, petang tadi.

Ianya dirakamkan di majlis resepsi perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan siang tadi.

Jamaluddin dan Azlin, meninggal dunia beberapa jam selepas gambar tersebut dirakamkan apabila helikopter dinaiki mereka terhempas di Kampung Pasir Baru, Sungai Pening, Semenyih ketika pulang dari majlis berkenaan.

Ketika kejadian helikopter membawa enam penumpang yang dipandu oleh juruterbang Kapten  Clifford William Fournier itu sedang menuju ke Subang.

Mangsa nahas lain dalam insiden petang tadi adalah ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang, pembantu juruterbang Aidana Baizieva dan pengawal peribadi Jamaludin iaitu Koperal Razakan Seran.

Kesemua mayat mangsa nahas ditemui paling lewat jam 8.15 malam tadi, sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Berikut gambar helikopter jenis AS 3655N2 Dauphin (9M-1GB) sebelum terbakar dan terhempas kira-kira jam 4.45 petang tadi serta gambar-gambar di sekitar kawasan nahas.


IMG-20150404-WA0029

IMG-20150404-WA0026

IMG-20150404-WA0025

IMG-20150404-WA0022

Serpihan helikopter yang ditemui di tapa nahas.
Serpihan helikopter yang ditemui di tapak nahas.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori