PEMENANG anugerah Pelakon TV Wanita Popular di ABPBH 2014, Nad Zainal lebih pentingkan kerjayanya dalam industri berbanding kisah cinta.
“Saya mungkin tidak bernasib baik dalam cinta. Kadang-kadang Tuhan tidak memberi apa yang kita nak tapi itu bukan penamat segala-galanya.
“Apabila saya tidak dapat cinta daripada seorang insan, saya kini dapat rasa cinta daripada orang ramai termasuk peminat. Cinta itu lebih jujur,” itulah antara kata-kata pelakon yang pernah dikaitkan dengan Azwan Kombos, Hefny Sahad dan Syarul Ridzwan itu.
“Tak guna juga dapat cinta yang tak jujur daripada seseorang. Oh, ucapan saya itu memang tak ditujukan kepada sesiapa.
“Ia sangat umum untuk sesiapa saja yang pernah berasa sakitnya bercinta,” jelas Nad lagi kepada BH Plus.
Menurutnya, apa yang dilakukan ketika ini bukanlah terus menolak perasaan cinta tetapi buat masa sekarang, dirinya lebih selesa untuk fokus kepada periuk nasinya.
– MYNEWSHUB.CC