Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Raja Muda Perlis: Peka...

ARAU - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihati mahasiswa supaya...

BN Perlu Menang Atas...

KUALA LUMPUR - Jentera Barisan Nasional (BN) tidak seharusnya bergantung kepada kelemahan parti...

Pusat Hiburan ‘Lubuk Dadah’...

KUALA LUMPUR - Meskipun tidak berlesen dan sering diserbu pihak berkuasa, sebuah pusat...

Ajinomoto Co Inc, Penaja...

PUTRAJAYA - Syarikat Ajinomoto Co Inc menjadi penaja luar Asia Tenggara pertama menyumbangkan...

Nahas Helikopter.. Jamaluddin Jarjis Antara Terkorban

NAHAS helikopter di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih petang tadi turut mengorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.

3001644663_e960e32246_b

Mangsa lain adalah Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, juruterbang Kapten Clifford William Fournier dan pembantunya Aidana Baizieva, ahli perniagaan Dato’ Tan Huat Seang  dan pengawal peribadi Dr Jamaluddin, Razakan Seran.

Helikopter korporat AS365N2 Dauphin tersebut terhempas berdekatan Jalan Sg Lalang – Kg Pasir Baru, Semenyih kira-kira jam 4.45 petang.

Menurut saksi helikopter dilihat meletup di udara sebelum terhempas.


Serpihan helikopter yang ditemui di tapa nahas.
Serpihan helikopter yang ditemui di tapak nahas.

Terkesan dengan insiden ini, Perdana Menteri turut mengunjungi kawasan nahas sekitar jam 9.45 malam tadi.

Satu pasukan khas telah ditubuhkan untuk menyiasat punca kejadian tragis ini manakala kawasan nahas kini ditutup oleh pihak berkuasa.

Sebanyak tiga pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kajang, Bangi dan Semenyih telah dikerahkan ke lokasi kejadian. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori