Bagi menghadapi cabaran yang melanda UMNO kini, cabang Pemuda menyarankan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mempercepatkan proses mengaudit syarikat milik kerajaan iaitu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ujar beliau kepada pemberita selepas pertemuan Najib bersama wakil Pergerakan Pemuda UMNO, “Pemuda UMNO mengharapkan Presiden selaku Perdana Menteri dapat memastikan supaya proses pengauditan terhadap syarikat 1MDB dipercepatkan.
“Jika berlaku apa-apa penyelewengan atau pecah amanah, mereka yang bertanggungjawab perlu terus dibawa ke muka pengadilan.”
Saranan tersebut kemudiannya mendapat persetujuan sendiri oleh Perdana Menteri dan bakal mengambil tindakan segera.
“Perdana Menteri telah bersetuju dan menyatakan kesungguhan beliau untuk memastikan bahawa proses pengauditan itu dapat dijalankan dengan rapi, mendalam dan cepat.
“Sekiranya ada bukti penyelewengan, pecah amanah dan sebagainya mereka yang terlibat akan diambil tindakan tegas dan cepat.”
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
Wacana Anjuran Sinar Harian – Apa Di Sebalik 1MDB
https://www.youtube.com/watch?v=xz8GlDEq_cY