SEJAK akhir-akhir ini perjalanan seni penyanyi muda, Najwa Latif yang popular menerusi lagi Cinta Muka Buku dilihat sepi seketika daripada muncul dalam kaca televisyen mahupun media cetak.
Dalam diam, sebenarnya bintang Youtube ini sedang merencana masa depannya dan memilih untuk menumpukan kepada pelajaran apatah dia kini sedang menuntut di sebuah universiti swasta.
Bagi Najwa, menyanyi adalah minat dan hobinya namun jauh di sudut hati gadis ini dia memasang impian untuk bergelar seorang pendidik.
“Saya menyanyi sebagai hobi yang menjadi sumber pendapatan secara tak sengaja. Jika ditanya apakah cita-cita sebenar, saya memang mahu menjadi pendidik.
“Jika ada rezeki, saya akan menyambung pengajian hingga peringkat sarjana untuk melayakkan saya menjadi pensyarah. Itulah matlamat hidup saya sejak dulu.
Dalam pada itu, Najwa berhasrat masih mahu meneruskan bidang nyanyian secara sampingan meskipun sudah berkerjaya kelak. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE