SEMALAM berlangsungnya majlis yang mengiktiraf populariti selebriti tanahair berdasarkan undian peminat iaitu Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 yang dibuat di Arena of Stars, Genting Highlands.
Semua tahu, sekali lagi tonggak Manisnya Cinta Di Cappadocia iaitu Shaheizy Sam dijulang sebagai bintang paling popular setelah mendapat gelaran sama pada 2010 dan 2012.
[BERKAITAN: Aksi Cium Mulut Johan & Ozlynn Cetus Kontroversi]
Ketika masing-masing sibuk memberi tumpuan melihat artis kesayangan melaram dan persembahan memukau para penghibur, satu situasi melibatkan bekas pengacara Nona, Neelofa, menjadi perhatian.
Ketika namanya diumumkan sebagai pemenang, Neelofa yang dilihat terkejut, kemudiannya bangun dan menuju ke pentas untuk menerima trofi serta memberikan ucapan.
Biasalah, ramai rakan seperjuangannya termasuk Fara Fauzana dan Heliza Helmi dilihat bersalaman dan memeluk Neelofa sebagai tanda ucapan tahniah.
Namun, ketika Neelofa sedang menuju ke pentas, seorang lelaki yang juga pengurusnya dikatakan menghulur tangan untuk bersalaman, namun ia tidak disambut pelakon Lemak Kampung Santan itu.
Senario tersebut kemudiannya menjadi buah mulut ramai dan kebanyakan mereka memuji tindakan yang diambil Neelofa kerana sedar akan batas-batas sebagai seorang wanita dengan bukan mahram.
Namun tak lama selepas itu, ada segelintir individu yang perasan akan tindakan Neelofa bersalaman dengan pengarah drama, Michael Ang sebelum naik ke pentas. Apa kes?
Ramai pengguna memberi nasihat kepada Neelofa agar bijak menjaga batasannya, sementelah dia dikatakan baru pulang dari menunaikan ibadah Umrah.
Tak apalah, mungkin Neelofa terlepas pandang atau terkejut dengan keputusan yang memihak kepadanya malam semalam sampai tak sedar tangan yang dihulur itu bukan tangan milik seorang perempuan tapi Micheal Ang!
Dalam pada itu, tak kira dalam apa situasi pun, golongan lelaki lebih-lebih lagi beragama Islam perlulah menjaga adab dan sensitiviti terutama apabila seorang wanita itu berhijab. Hormatilah mereka ya…
– MYNEWSHUB.CC