Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Terengganu Buat Garis Panduan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan negeri Terengganu akan mempercepatkan langkah mengeluarkan garis panduan bagi...

Kelar Isteri, Bayi Sebelum...

Johor Bahru : Seorang bapa terkedu melihat anak perempuan dan cucunya berlumuran darah...

Trump Batal Lawat DMZ...

AMMAN - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Rabu membatalkan lawatan mengejutnya ke...

Anjur Seminar Percukaian Kebangsaan...

KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan menganjurkan Seminar Percukaian Kebangsaan...

Nelayan Diminta Daftar Dengan LKIM Untuk Mudah Dapat Bantuan

LANGKAWI – Para nelayan di sini diminta mendaftar dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi memudahkan mereka mendapat bantuan sekiranya ditimpa musibah, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Katanya LKIM menyediakan bantuan melalui tabung bencananya yang hanya akan disalurkan kepada nelayan yang berdaftar sahaja.

“Oleh itu, saya memintalah semua nelayan di sini untuk mendaftar dengan LKIM. Kalau ada bayaran (pendaftaran) pun tidaklah membebankan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kementerian untuk mangsa kebakaran di Kampung Nelayan Bukit Malut di sini, Ahad.

Anggota Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad dan Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kuah, Nor Saidi Nanyan turut hadir dalam majlis itu.


Seramai 84 ketua keluarga yang menjadi mangsa kebakaran yang berlaku Jumaat lepas menerima sumbangan berupa wang tunai RM300 dan barangan keperluan harian.

Menurutnya hanya 13 orang sahaja daripada keseluruhan penerima bantuan itu merupakan nelayan yang berdaftar dengan LKIM dan mereka ini akan menerima bantuan tambahan sebanyak RM700 tidak lama lagi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori