Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ibu Tunggal Didakwa Bunuh...

JOHOR BAHRU - Seorang ibu tunggal didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari...

50 Maut Serangan Pemberontak...

KABUL - Sekurang-kurangnya 50 orang termasuk wanita dan kanak-kanak dilaporkan maut dalam serangan...

COVID-19: KJ Beri Amaran...

KUALA LUMPUR : Menteri Kesihatan memberi amaran kadar kemasukan ke hospital semakin meningkat...

Kisah Sedih Bapa Berjalan...

BARU-BARU ini tular di laman sosial Indonesia mengenai seorang bapa yang mengendong dua...

Nenek, Cucu Maut Terkena Renjatan Elektrik Di Sawah

TRAGIS dan memilukan.. seorang nenek dan cucunya maut akibat terkena renjatan elektrik semasa berada dalam kawasan sawah padi milik mereka di Kampung Kota Bungan, Kota Belud, semalam.

Insiden yang berlaku pada jam 10.48 pagi itu dilaporkan berpunca daripada wayar elektrik yang terputus berdekatan lokasi kejadian.

Difahamkan, wayar elektrik yang terputus itu telah mengalirkan renjatan ke pagar kawad duri seterusnya mengenai air parit di tempat mangsa terjatuh.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superitendan Mohd Zaidi Abdullah, pada mulanya mangsa Sundang Alip, 70, tergelincir dan jatuh ke dalam parit kira-kira pukul 10.30 pagi.

Cucu mangsa, Awang Mohd Rajip Abd Nazim, 25, yang berada di tempat kejadian cuba menyelamatkan mangsa namun gagal apabila dia turut terkena renjatan elektrik.


“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati terdapat wayar elektrik yang telah putus dan jatuh mengenai pagar kawad duri yang memagari kawasan sawah padi di kawasan kejadian,” jelasnya.

Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kota Belud untuk bedah siasat.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: FARAH
   
https://www.youtube.com/watch?v=HyS3WektNbg

  • Lagi berita berkaitan:
  • maut

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori