Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Mahdzir: ASED Menjadi Bukti...

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid percaya Mesyuarat Menteri-menteri Pendidikan...

Laluan Perkhidmatan MyBAS Di...

ARAU - Laluan perkhidmatan MyBAS di Perlis meliputi laluan antara bandar dan kawasan...

Kegemilangan Petronas Baik Untuk...

BINTULU - Petronas boleh memainkan peranan lebih besarƂĀ dalam pembangunan Sarawak dan negara jika...

Panglima ATM Terima Kunjungan...

KUALA LUMPUR - Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Raja Mohamed...

Nicol Terus Unggul Pemain Nombor 1 Dunia Selama 106 Bulan

KUALA LUMPUR – Ratu skuasy negara Datuk Nicol David masih mengungguli kedudukan sebagai pemain nombor satu dunia yang disandangnya sejak Ogos 2006, walaupun gagal meraih sebarang gelaran musim ini.

Berdasarkan ranking terkini Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (WISPA) yang dikeluarkan hari ini, pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 31 tahun itu, mengumpul 3,590 mata untuk melebarkan rekodnya sebagai pemain nombor satu dunia selama 106 bulan.

Pencabar terdekatnya, Raneem El-Weleily dari Mesir mengekalkan kedudukan di ranking kedua dengan 2,998 mata.

Rakan senegeri Nicol, Low Wee Wern terus kekal di kedudukan kelapan setelah mengutip 1,073 mata.


Naib juara dunia dua kali, Mohamed El-Shorbagy dari Mesir pula masih mengekalkan kedudukan sebagai pemain lelaki nombor satu dunia dengan 1,566.5 mata walaupun gagal merangkul sebarang kejuaraan setakat ini.

Bekas juara dunia tiga kali, Nick Matthew dari England, melonjak satu tangga di tempat kedua dengan 1,136 mata hasil kejuaraan dalam tiga kejohanan musim ini – Terbuka Sweden (Februari), Terbuka Windy City (Mac) dan Canary Wharf Classic pada minggu lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori