BERBEZA dengan pasangan selebriti lain, Norman Hakim dan Memey Suhaiza tidak keberatan untuk berkongsi gambar wajah bayi kedua mereka dengan para peminat.
BACA: Memey Selamat Lahirkan Anak Lelaki KeduaÂÂ
Bayi lelaki kedua selamat dilahirkan dengan berat 3.45 kilogram pada jam 9.57 malam, Rabu lalu.
Rata-rata memuji kecomelan anak pasangan ini selepas melihat gambar yang dimuat naik Norman dan Memey dalam laman Instagram milik mereka.
Dalam pada itu, Norman memberitahu, dia masih mencari nama yang terbaik untuk untuk anak keduanya itu dan bakal mendedahkan bila anaknya berusia tujuh hari.
Sebelum ini Rozita Che Wan dan Zain Saidin juga turut mengambil langkah serupa apabila berkongsi kepada umum wajah bayi mereka.
Pasangan ini berkahwin pada 2011 dan dikurniakan anak lelaki sebelum ini yang diberi nama Mohamed Darwisz Hakim. – MYNEWSHUB.CC