PEMAIN pertahanan Chelsea, Oscar telah dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut selepas aksi pertembungannya dengan penjaga gol Arsenal, David Ospina dalam perlawanan yang berlangsung malam semalam.
Insiden itu berlaku ketika Ospina cuba menyelamatkan bola dan secara tidak sengaja berlaku kekasaran terhadap Oscar sehingga boleh kelihatan wajah pemain kelahiran Brazil itu lesu dan lemah sebaik kekasaran berlaku.
Oscar telah digantikan dengan Didier Drogba pada separuh masa kedua.
Menurut pengurus Chelsea, Jose Mourinho, Oscar dikejarkan ke hospital pada separuh masa kedua yang mana menyaksikan kedua-dua pasukan itu hanya seri 0-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Emirates.
Chelsea masih lagi menunggu hasil keputusan imbasan x-ray Oscar dan hanya akan mendedahkan keadaan pemain itu selepas mendapat keputusan penuh daripada doktor. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=sREwf262OJU