Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Staf Hospital ‘Gila Selfie’...

Kegilaan selfie sesetengah orang memang dah tahap melampau, sampai kadang-kadang tak terfikir tentang...

Wak Doyok, Azrinaz Enggan...

BARU-BARU ini, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pertunangan ikon fesyen terkenal Wak Doyok...

PAS Diingat Tidak Terlalu...

KOTA TINGGI - PAS diingatkan supaya tidak terlalu mengagumi kepemimpinan Ketua Pembangkang, Datuk...

Ahmad Faizal Bincang Dengan...

IPOH - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Ahmad Faizal...

PAFA Buat Laporan Rasmi Kepada FAM Tindakan Penyokong JDT

IPOH – Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) akan membuat laporan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung tindakan liar segelintir penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas perlawanan Liga Super 2015 antara kedua-dua pasukan itu, di Stadium Perak, di sini Jumaat malam.

Setiausaha PAFA Abdul Aziz Yeop Jamaluddin berkata beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin selepas menyaksikan penyokong JDT bertindak membaling besi ke arah penyokong Perak.

mynewshub.cc

“Mereka baling besi tapi tidak kena, cuma kena bahagian kerusi. Saya lihat sendiri penyokong JDT pergi ke bahagian pintu D dan mengejar penyokong kita. Ketika itu nasib baik ada pagar yang hadang jadi penyokong kita pun lari. Ini melampaui batas sebagai penyokong Malaysia.

“Dalam mesyuarat sebelum ini, kami sudah bincang dengan polis, biar penyokong Perak dengan pemain keluar terlebih dahulu.

“…dan barulah penyokong dan pemain JDT keluar. Kita juga telah mengambil langkah awal dengan mengarahkan semua penyokong JDT masuk ke kawasan padang dan masa itulah perkara ini terjadi,” katanya ketika ditemui di sini.

Abdul Aziz berkata pihaknya juga akan membuat tuntutan ganti rugi kepada FAM selepas mendapati beberapa papan iklan rosak akibat kejadian tersebut.

“Kalau kita tidak cukup kawalan keselamatan mereka akan menyalahkan kita. Tetapi bila sudah cukup kawalan keselamatan, segelintir penyokong pula bertindak liar. Jadi saya rasa kalau perkara ini dibiarkan berlarutan imej bola sepak negara akan tercalar dengan sikap sebahagian penonton ini.


“Malah saya difahamkan dalam stadium ada juga pergaduhan antara penyokong JDT sendiri yang terdiri daripada dua kumpulan berasingan. Namun, kita dapat halang agar pergaduhan itu tidak berpanjangan,” katanya.

Beliau berkata sebanyak 570 anggota keselamatan termasuk daripada PAFA telah ditugaskan untuk menjaga ketenteraman pada perlawanan malam tadi.

gaduh 2

Ketika ditanya berhubung pemain JDT menaiki kenderaan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) selepas perlawanan tamat, beliau berkata ia sebagai langkah pencegahan demi menjaga keselamatan pemain.

“Dalam mesyuarat, memang kita minta supaya pemain dibawa masuk dalam kenderaan FRU kerana kita tahu ada segelintir penyokong yang menunggu di celah pokok dan baling batu, jadi itu merupakan langkah mengelak daripada terkena pemain.

“Ia bukan disebabkan kejadian itu (pergaduhan) tetapi secara kebetulan. Jika tidak berlaku pun, memang kita dah putuskan untuk berbuat demikian dalam mesyuarat,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Perak menewaskan JDT 2-1. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori