Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Perintah Berkurung Esszone Dilanjutkan...

KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat...

PRU14: PDRM Siasat Panggilan...

KUALA LUMPUR - Polis sedang menyiasat panggilan telefon misteri yang dikatakan diterima beberapa...

Anjur Perhimpunan RUU 355:...

KUALA LUMPUR - Pengumuman PAS mahu mengadakan perhimpunan secara besar-besaran bagi menyokong pindaan...

Duda Ditahan Bersama 10.4kg...

Kota Kinabalu : Seorang duda ditahan bersama 10 bungkus dadah jenis Methamphetamine atau...

`Pamela Anderson Romania’ Disaman Doktor Pembedahan Plastik

Romania – Gurauan yang memakan diri. Itu berlaku kepada seorang penyampai televisyen, Simona Trasca, 34, yang terkenal dengan gelaran `Pamela Anderson’ apabila dia disaman oleh seorang pakar bedah plastik.

Ia gara-gara gurauan Simona bahawa pembedahan membesarkan payu dara yang dilakukan oleh Dr. Marek Valcu amat murah hinggakan pakar bedah plastik itu tidak boleh membayar cukai.

Keadaan ini menyebabkan Valcu mengambil tindakan menyaman Simona kerana kata-katanya itu dianggap sebagai fitnah.

Simona mengeluarkan kenyataan itu dalam satu temu bual dengan menjadikan pembedahan berkenaan sebagai satu bahan gurauan.

“Saya mendapat bayaran yang kecil untuk kerja yang besar, malah ia hanya RM1,900 sahaja,’’ katanya.


Dia kemudiannya mengaku bahawa kos sebenar yang dibayar untuk pembedahan membesarkan payu daranya adalah RM16,000.

Mahkamah bagaimanapun menyebelahi Valcu dan mengarahkan Simona membayar pampasan berjumlah RM8,000.

Selain itu, Simona juga diarahkan membeli iklan di dalam akhbar utama di Romania dan menjelaskan bahawa kenyataannya sebelum ini adalah tidak benar. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=h_B3ffDktd0

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori