Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Azmin Bincang Tubuh Parti...

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Presiden PKR yang dipecat hari ini, Datuk Seri...

Mahkamah Tolak Permohonan KDN...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN)...

Polis Tahan Dua Wanita...

BALIK PULAU: Polis menahan dua wanita yang dipercayai menjadi keldai akaun kepada dua...

Lelaki ‘Taklik’ Isteri Hanya...

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang ‘menghukum’ jatuh talak kepada isterinya sekiranya...

Panda Singapura Akhirnya Berasmara Kali Pertama

SINGAPURA – Dua ekor beruang panda gergasi dari China, Jia Jia dan Kai Kai, akhirnya berjaya mengawan buat kali pertama sejak tiba di negara ini pada 2012 – dengan sedikit bantuan daripada ‘penjaganya’ di River Safari.

Stesen Channel NewsAsia melaporkan, sejak November lalu, petugas River Safari bekerja keras mewujudkan persekitaran yang baik bagi tujuan pembiakan panda dalam negara tiada empat musim seperti di Singapura.

Ini termasuk mengubah waktu siang dan suhu dalam kandang panda untuk membuat simulasi peralihan dari musim sejuk ke musim panas seperti di Sichuan, China, namun segala usaha tersebut langsung tidak berjaya.

Kai Kai bertemu dengan Jia Jia tanpa sebarang penghadang buat kali pertama. – Gambar ihsan

Bagaimanapun, spesies panda terancam itu memang sukar membiak dan keputusan kemudian dibuat untuk melakukan proses persemanian beradas bagi meningkatkan peluang kehamilan Jia Jia yang berusia enam tahun.

Tempoh kehamilan panda biasanya lima bulan, dengan satu atau dua ekor anak panda dilahirkan; dan jika usaha ini berjaya, ada kemungkinan sepasang panda sempena kemerdekaan 50 tahun Singapura akan dilahirkan.


Wildlife Reserves Singapore yang mengurus taman tema haiwan seluas 12 hektar itu dalam satu kenyataan berkata, Kai Kai yang berusia tujuh tahun mungkin tiada pengalaman ‘asmara’ bersama dengan pasangannya.

Kai Kai bergayut gembira di dahan selepas puas berjimak dengan temannya, Jia Jia. – Gambar ihsan

“Kai Kai masih muda dan ia tiada ‘role model‘ daripada panda dewasa yang boleh ajar cara mengawan, namun kami berjaya rangsang nafsu Jia Jia yang subur 36 jam pada Jumaat lalu untuk berasmara,” kata kenyataan itu.

Dalam sesi selama 40 minit itu, dua panda tersebut amat mesra melepaskan rindu sambil erat berpelukan kerana si betina lazimnya klimaks mengeluarkan telur ovum setahun sekali untuk disenyawakan dengan benih jantan.

River Safari yang terletak bersebelahan Zoo Singapura dan Night Safari, mula dibuka kepada awam sejak 2012 kini menempatkan 5,000 ekor haiwan daripada 300 spesies berbeza dari serata dunia. – Agensi/A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori