Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lelaki Maut Terjun Dari...

MAKKAH - Seorang jemaah nekad membunuh diri di Masjidil Haram, Arab Saudi, ketika...

Arab Saudi Iktiraf Vaksin...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Arab Saudi sudah memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang...

Wisma Putra Sahkan Tiada...

WISMA Putra menerusi satu kenyataan hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam...

Pihak Sekolah Diminta Tidak...

Pihak sekolah diharapkan tidak memotong wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 yang...

PAS Akui Mohon Parlimen Segerakan Usul Hudud

KUALA LUMPUR – PAS mengakui telah memohon supaya Rang Undang-Undang Persendirian berkaitan hudud didahulukan dalam Aturan Urusan Mesyuarat persidangan Dewan Rakyat kali ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata perkara itu telah diusulkan kepada Speaker dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan kini sedang menunggu keputusan dari pihak Pandikar.

“Ya, kita (PAS) ada minta usul persendirian didahulukan. Kita tunggu keputusan Speaker untuk kemukakan di Parlimen,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Ditanya mengenai kesanggupan PAS mengorbankan persahabatan dengan PKR dan DAP dengan meneruskan niat membentangkan rang undang-undang itu di Parlimen, Abdul Hadi berkata perkara itu merupakan hak kerajaan negeri Kelantan memandangkan banyak perkara dilakukan rakan sekutu itu tanpa pengetahuan PAS.

“Dalam perjalanan kita di Pakatan Rakyat, ada banyak perkara yang dilakukan oleh DAP dan PKR tanpa diberitahu kepada PAS. Tidak perlu terkejut kerana perkara itu sudah lama dan berkait dengan orang Islam saja,” kata anggota Parlimen Marang itu.

Abdul Hadi telah mengemukakan notis bagi usul tersebut dibentangkan di Dewan Rakyat pada 18 Mac lepas yang akan membolehkan beliau membentangkan rang undang-undang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 bagi membuka laluan pelaksanaan hudud di Kelantan.


Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), atau hudud pada 19 Mac.

Abdul Hadi berkata pihaknya bersedia menerima sebarang reaksi daripada semua pihak mengenai rancangan melaksana hudud itu.

– BERNAMA

https://youtu.be/lA69GODzXyU

  • Lagi berita berkaitan:
  • Hudud

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori