Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Identiti Mayat Dua Pendaki...

IPOH – Identiti dua pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air di kawasan Hutan...

PH Hilang Kerusi Di...

BERA : Pakatan Harapan (PH) hilang satu kerusi selepas borang penamaan calonnya bagi...

Banyak Usaha Sedang Dibuat...

Pelbagai usaha sedang diambil untuk mendapatkan semula aset berkaitan 1MDB, termasuk daripada Goldman...

Seorang Lelaki Tahanan Sosma...

SHAH ALAM - Seorang lelaki berumur 38 tahun yang ditahan mengikut Akta Kesalahan...

PAS Hadapi Cabaran Besar Untuk Kalahkan BN Di Rompin

MUADZAM SHAH – PAS menghadapi cabaran besar untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin 5 Mei ini, kata anggota jawatankuasa kerja pusatnya Nasrudin Hassan Tantawi.

Beliau berkata bukanlah sesuatu yang mudah untuk mengatasi 15,114 undi majoriti yang diperoleh calon BN pada pilihan raya umum lepas.

“Saya sedang memikirkan apa yang perlu dikatakan untuk memberi motivasi kepada jentera kita. Jumlah majoriti itu bukannya kecil, tetapi kita perlu yakin kita akan menang jika kita bekerja keras,” katanya ketika melancarkan jentera parti itu untuk menghadapi PRK berkenaan di Felda Keratong 4 di sini semalam.

Pada majlis itu, Nasrudin, yang juga Anggota Parlimen Temerloh, menyeru jentera PAS supaya bersedia mempromosikan sesiapa sahaja yang akan diumumkan sebagai calon PAS pada 20 April.


PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandang kerusi berkenaan, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis akibat nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada Mei 2013, Jamaluddin, yang juga pengerusi Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), mengekalkan kerusi yang disandang beliau selama 23 tahun itu setelah mengalahkan bekas ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh. – BERNAMA

https://youtu.be/ShKYPPynidc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori