Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Wabak Kepialu Di KL...

PUTRAJAYA - Wabak tifoid atau demam kepialu yang dilaporkan di Kuala Lumpur dan...

Lembu Mati, Kereta Remuk...

SERDANG - Pelanggaran antara Toyota Vios dan lembu yang berkeliaran di Kilometer 0.8...

Jangan Sebar Maklumat Tak...

PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia dan parti-parti politik tertentu harus mengelak menyebarkan maklumat tidak...

‘Tolonglah Padam Dan Hentikan...

SUNGAI PETANI: Keluarga seorang mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, Allahyarham...

Pasport Hilang Ditemui Semula Tak Boleh Digunakan

PUTRAJAYA – Individu yang telah membuat laporan mengenai kehilangan atau kecurian Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) mulai 1 Januari 2010 dilarang menggunakan dokumen itu jika dijumpai semula.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Alwi Ibrahim, dalam satu kenyataan hari ini, berkata larangan itu untuk mengelakkan sebarang kesulitan di pintu masuk antarabangsa.

“Ini kerana PMA yang pernah direkodkan hilang akan kekal dalam rekod Polis Antarabangsa (INTERPOL) dan dianggap tidak lagi sah serta tidak akan dibenarkan melalui sempadan/pintu masuk antarabangsa dengan menggunakan dokumen itu,” katanya.

Alwi berkata, bagi mengelakkan sebarang kesukaran dan implikasi negatif kepada kes-kes sebegini, KDN menyeru agar warga Malaysia mengambil perhatian serius peringatan itu.

“Langkah yang diambil ini adalah bertujuan memastikan kredibiliti dan integriti PMA tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak,” katanya.


Alwi berkata, warga negara Malaysia boleh memohon PMA baharu daripada Jabatan Imigresen Malaysia dengan mengemukakan salinan laporan polis dan yang berkaitan sebagai bukti kehilangan atau kecurian PMA terdahulu.

Mulai 1 Februari tahun ini, KDN dilaporkan mewajibkan individu yang kehilangan PMA sama ada di dalam negara atau luar negara membuat laporan di balai polis berdekatan. – BERNAMA

https://youtu.be/GFjuFGbDSkY

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori