Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Punca Kebakaran Tahfiz Masih...

KUALA LUMPUR - Lebih 20 pelajar dan 2 tenaga pengajar dilaporkan maut dalam...

Beg Holdall Terbesar Dunia...

KUANTAN - Beg pegang 'holdall' yang merupakan yang terbesar di dunia seumpamanya kini...

Agensi Kecemasan Sedia Hadapi...

KUALA LUMPUR - Agensi bantuan kecemasan kini sudah bersiap sedia untuk menghadapi banjir...

Dua Kes Omicron Libatkan...

JOHOR BAHRU - Dua kes Omicron melibatkan pasangan suami isteri jemaah umrah yang...

PBNJ Kesal Sikap Pengurusan, Penyokong Perak

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berasa kesal dengan insiden penyokong Perak membaling kayu dan besi ke atas penyokong Harimau Selatan yang bertandang ke Stadium Ipoh malam tadi.

PBNJ dalam satu kenyataan berkata, perbuatan penyokong Perak tersebut mencabar tahap kesabaran dan tolak ansur PBNJ ke atas keganasan dilakukan ke atas penyokong Harimau Selatan selama ini.

“Melihat apa yang telah berlaku kepada pasukan dan para penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) di Ipoh semalam, kami rasakan tahap kesabaran dan tolak ansur kami selama ini telah dinafikan dan dicabar oleh semua pengurusan badan gabungan, pasukan-pasukan dan juga para penyokong luar.

“Apa yang telah berlaku semalam adalah merupakan satu detik hitam kepada kami dan kami telah hilang kesabaran dengan insiden tersebut,” kata kenyataan itu melalui laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini.

Kata PBNJ, persatuan, para pemain dan para penyokong JDT telah memberi layanan terbaik kepada mereka yang berkunjung ke Stadium Larkin. tetapi mereka menerima layanan sebaliknya di stadium lawan.

Menurut kenyataan itu, perbuatan penyokong Perak tersebut tidak bertamadun dan melampaui batas dan membuktikan manusia di Malaysia yang berfikiran kuno dan jahil serta tidak professional setelah 58 tahun Malaysia merdeka.

“Sungguh malang negara kita jika ramai manusia yang mempunyai pemikiran dan sifat seperti di atas. Jika perkara negatif ini berterusan,kami pun boleh buat benda yang sama untuk mereka yang berkunjung di Larkin.

“Bukanlah kami hendak berdendam,tetapi sekadar ingin mempertahankan diri dan menyedarkan betapa pentingnya keamanan dan kami bencikan kekasaran,” kata kenyataan itu.

Dalam aksi Liga Super malam tadi, penyokong Johor dikepung oleh penyokong Perak dan tidak dibenarkan keluar daripada stadium oleh pihak polis atas keselamatan sehingga pukul 1 pagi.


Penyokong JDT turut mendakwa mereka dilempar dengan objek keras termasuk kayu dan besi oleh segelintir penyokong Perak menyebabkan salah seorang daripada mengalami kecederaan.

Pemain JDT juga terpaksa menaiki trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) pulang ke hotel demi keselamatan mereka.

Setiausaha Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Abdul Aziz Yeop Jamaluddin bagaimanapun mendakwa, penyokong JDT yang bertindak liar dan melempar besi kepada penyokong Perak.

Sehubungan itu, Abdul Aziz telah telah membuat aduan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai perkara itu supaya tindakan dikenakan ke atas pasukan dan penyokong Harimau Selatan. – mynewshub.cc

Newshub2

 

Newshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori