KUALA LUMPUR – Tujuh belas orang yang disyaki merancang melakukan keganasan di Kuala Lumpur ditahan polis semalam.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dua daripada suspek baru pulang dari Syria.
“Syabas Bahagian Counter Terrorism PDRM semalam tangkap 17 orang sedang merancang lakukan keganasan di Kuala Lumpur. Dua daripada mereka baru balik dari Syria,” katanya dalam catatan di laman Twitter. – BERNAMA