RASANYA baru beberapa hari lalu kami kongsikan khabar gembira tentang perubahan fizikal Zamani yang kini kelihatan semakin sihat dan beransur pulih daripada ketagihan dadah.
BACA: Gambar Terbaru.. Zamani Dah Makin Berisi Dan ‘Bulat’
Tup-tup muncul pula kontroversi lain melibatkan bekas vokalis kumpulan Slam ini iaitu wang simpanan miliknya dikatakan lesap secara tiba-tiba.
Kisah ini terbongkar apabila peguam Zamani, Ahmad Zaharil Muhaiyar memuatnaik status di Facebook berbunyi:
‘Teringat saya kata-kata Zamani semasa perjumpaan pada minggu lepas.. antara lain beliau bertanya berapa wang yang terkumpul dalam account miliknya.. ke mana pergi wang hasil titik peluhnya selama ini? Siapa yang membelanjakan wang tersebut? Bongkar terlintas di minda…‘
Tampil atas rasa tanggungjawab, Zaharil selaku peguam turut mempersoalkan kehilangan wang milik anak guamnya itu.
Meskipun ramai yang menzahirkan rasa simpati akan nasib Zamani, muncul individu tertentu melemparkan kritikan bahawa isu tersebut melibatkan maruah keluarga dan melanggar privasi penyanyi tersebut apabila ianya dibicarakan di laman sosial.
Bagaimanapun, Zaharil menjelaskan tindakan yang dilakukan ini demi kebaikan penyanyi Gerimis Mengundang itu.
Apa pun, kami pasti suatu hari nanti segala persoalan akan terbongkar jua.
Moga Zamani terus tabah menghadapi ujian yang mendatang.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: FARAH