Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pengerusi LTAT Angkat Sumpah...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Laksamana (B) Tan Sri...

Stesen Minyak SMART Jamin...

KUANTAN - Syarikat pembekalan minyak petrol dan diesel Smart Stream Resources Sdn Bhd...

Jangan Panik Saman DoJ...

BANGI - Rakyat diminta tidak mudah panik dengan isu saman sivil terbaru Jabatan...

Pekerja Kilang Kelapa Sawit...

JOHOR BAHRU - Seorang warga Bangladesh yang bekerja di kilang kelapa sawit maut...

Pelajar Maut, Rakan Cedera Dirempuh Lori

BAU – Seorang pelajar Tingkatan Satu maut manakala rakannya cedera dilanggar sebuah lori ketika mereka melintas jalan di Seniawan Lot, di sini, 9.40 pagi tadi.

Mangsa, Norshahirah Mohd Syukri, 13, mati di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala manakala rakannya, Norjasmin Sofia Odin, 13, cedera di bahu. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufiyan Borhan, berkata nahas berlaku ketika kedua-dua mangsa turun dari bas.

“Mereka dikatakan melalui hadapan bas ketika melintas jalan dan pada masa yang sama, sebuah lori dari arah belakang cuba memotong bas berkenaan.

“Pemandu lori tidak sempat mengelak lalu merempuh dua pelajar perempuan itu,” katanya. Katanya lagi, sebelum itu bomba menerima panggilan orang awam memaklumkan berlaku kebakaran sebuah motosikal di lokasi kejadian.


“Bagaimanapun, setibanya di lokasi kami mendapati ia sebenarnya kemalangan maut membabit pelajar itu, bukannya kebakaran motosikal,” katanya. – Berita Harian Online

VIDEO SAMPINGAN – BUKAN KEJADIAN DI ATAS

https://youtu.be/GX5GGaNPaQw

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori