Kuala Kangsar – “Saya tidak tahu siapa (pelajar mana) yang menutup pintu kereta, namun sebagai seorang guru saya sudah memaafkannya dan tidak terdetik di hati saya untuk berdendam walaupun ada rasa ingin tahu siapa di antara mereka yang melakukannya.
“Saya anggap ini sebagai takdir dan jihad sebagai seorang guru dan apa yang berlaku ini sedikit pun tidak mematahkan semangat saya mendidik anak bangsa sehingga ke akhir khidmat saya,†kata Sharipuddin Jaafar, 53.
Sharipuddin yang juga seorang guru di sekolah menengah di sini, putus hujung jari telunjuknya selepas pelajar tidak menyedari jari gurunya itu diletakkan di pintu kereta menyebabkannya menutup pintu berkenaan.
Dalam kejadian pada 20 April lalu jam 5 petang, Sharipuddin ke sekolah melatih pelajar sepak takraw, dikejarkan ke Hospital Kuala Kangsar (HKK) sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping (HT) selepas hujung jarinya putus.
Gambar jari Sharipuddin yang putus kini menjadi viral di laman sosial Facebook serta WhatsApp selepas dimuat naik adiknya dan dikongsi ramai pengguna laman itu yang memberikan pelbagai komen positif serta negatif. – myMetro Online