Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

[TIDAK RASMI] Tok Mat...

REMBAU : Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan kini mendahului empat...

Tiada Simpati Untuk Israel...

KUALA LUMPUR - Tiada simpati perlu diberikan kepada Israel walaupun dalam aspek sukan.Timbalan...

Ular Sawa 80kg Jatuh...

JOHOR BAHRU - “Ingatkan batu jatuh, rupanya ular,” kata remaja yang menemukan seekor...

ASEAN: PM NZ Mungkin...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri New Zealand, John Key dijangka mengumumkan beberapa insiatif...

Mayat Pelajar Sek Teknik Vokasional Ditemui Dalam Semak

KOTA TINGGI – Mayat seorang pelajar sekolah dipercayai mangsa kemalangan, ditemui terbaring di dalam semak di tepi jalan Kilometer 8 Jalan Kota Tinggi-Kluang berhampiran Kampung Batu Ampat, di sini.

Mangsa, Ahmad Azmi Norazni, 17, seorang pelajar Sekolah Menengah Vokasional Kota Tinggi ditemui orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira pukul 7.00 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Rahmat Othman yang dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Hasil siasatan awal polis mendapati mangsa adalah mangsa kemalangan, kata beliau.

Rahmat berkata mangsa yang menunggang motorsikal jenis Honda EX5, dipercayai berseorangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Felda Linggiu, di sini selepas latihan sepak takraw di sekolah.


“Mangsa dipercayai telah terbabas ke kanan jalan dan terjatuh ke dalam semak dan setakat ini tiada saksi kejadian,” katanya.

Beliau berkata pihak polis juga tidak menjumpai sebarang pecahan komponen kenderan lain di lokasi kemalangan.

“Berdasarkan keadaan mayat yang sudah keras, dipercayai mangsa telah meninggal tidak kurang lima jam sebelum dijumpai,” kata beliau.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori