Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Disangka Hamil Kerana Buncit,...

BEKAS pelakon drama bersiri Friends, Jennifer Aniston tampil meluahkan kekecewaan menerusi surat terbuka...

Jep Sepahtu Akui Ada...

WALAUPUN sudah menjangkau usia 30-an, pelawak terkenal Jep Sepahtu mengakui  tidak berasa tertekan...

Malaysia Tak Import Ayam...

MALAYSIA tidak mengimport haiwan hidup dan produk dari kawasan Shaoyang di wilayah Hunan,...

Akhirnya Jejak Kaki Ke...

SEORANG lelaki berusia 47 tahun dari La Paz di wilayah Agusan del Sur...

Pemandu Ditemui Mati Dalam Treler Di Kampung Paloh

IPOH – Seorang lelaki ditemui mati di ruang belakang tempat duduk pemandu sebuah treler yang diletakkan di kawasan perindustrian Kampung Paloh dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata mayat V. Munusamy, 37, berasal dari Sitiawan, Lumut yang merupakan pemandu treler itu ditemui orang awam dalam keadaan mayatnya telah pun berbau pada kira-kira 9.15 pagi tadi.

“Mangsa dipercayai meninggal dunia ketika tidur di ruang berkenaan,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Sum berkata siasatan awal mendapati mangsa mengambil barangan jenis dawai dari Seremban, Negeri Sembilan dan pulang ke Ipoh pada Sabtu lepas untuk melakukan penghantaran.


“Mangsa meletakkan treler tersebut di satu laluan kawasan perindustrian ini sementara menunggu melakukan penghantaran barangan itu ke sebuah premis yang berdekatan,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Sum berkata kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan kertas siasatan akan dibuka jika terdapat sebarang unsur jenayah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori