Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Promosi Makanan Guna Bahan...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) melarang penggunaan bahan berbahaya seperti bahan peluntur dan...

Masalah Sampah Di Bukit...

KUALA LUMPUR – Masalah 16 tan sampah sehari yang dihasilkan oleh penduduk sekitar...

PPM Gagalkan Cubaan Seludup...

TAWAU - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menggagalkan cubaan menyeludup keluar 42 tong...

PBNS Kumpul RM50,000 Untuk...

SEREMBAN - Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) mengumpulkan RM50,000 dalam tiga perlawanan persahabatan...

Pembangkang Mahu Kumpul 1 Juta Tandatangan Bantah GST

KUALA LUMPUR – Pemimpin pembangkang melancarkan Kempen #BantahGST yang bertujuan mendapatkan 1 juta tandatangan orang ramai secara dalam talian bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Mereka dalam satu kenyataan mendakwa, tandangan bagi satu petisyen bantahan itu dilancarkan bagi menghantar mesej kepada kerajaan supaya membatalkan cukai GST yang bermula 1 April lalu.

“Kami menyasarkan 200,000 bantahan menjelang 1 Mei 2015. KemudQian berperingkat-peringkat mencapai 1 juta.

“Kempen ini adalah kempen bersiri, dalam 2-3 minggu akan datang, kita akan melancarkan kempen mengikut siri,” dakwa kenyataan itu hari ini.


Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru), Teo Kok Seong (DAP-Rasah), Hanipa Maidin (PAS-Sepang) dan G. Manivannan (PKR-Kapar).

Justeru, mereka menyeru semua golongan yang tidak berpuas hati dengan pelaksaan GST menandatangani petisyen berkenaan untuk mendesak kerajaan memansuhkan cukai tersebut. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori