Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

2 Jenama Produk Lingkaran...

SERDANG - Jabatan Pertanian telah melarang penjualan produk lingkaran nyamuk berjenama Zenden Micro-Smoke...

PAS Kata Kaum Cina...

KUALA LUMPUR - Kaum Cina kini berpandangan PAS perlu menjadi parti yang paling...

Keamanan Bukan Sesuatu Yang...

MELAKA - Keamanan dan keharmonian yang dikecapi negara khususnya negeri Melaka bukan sesuatu...

Motosikal Bertembung, 2 Penunggang...

GEORGE TOWN - Dua lelaki maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung dari arah...

Pembinaan Laluan Keluar MEX Seri Kembangan Siap 70%

KUALA LUMPUR – Pembinaan laluan keluar Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) Kuala Lumpur-Putrajaya di Seri Kembangan kini berada pada tahap 70 peratus, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata projek persimpangan bertingkat bernilai RM112 juta itu yang bermula Disember 2013, dijangka siap sepenuhnya Disember tahun ini.

“Mengenai penetapan kadar tol di susur keluar berkenaan, ia akan diumumkan kerajaan selepas keseluruhan projek siap dibina nanti,” katanya ketika menjawab pertanyaan Dr Ong Kian Ming (DAP-Serdang) yang ingin tahu mengenai status terkini pembinaan dan kadar tol laluan tersebut.

Persimpangan bertingkat itu menyediakan laluan masuk dari Jalan Putra Permai membolehkan pengguna ke Putrajaya menerusi MEX dengan lebih cepat berbanding sebelum ini menyusur laluan sejauh 17 kilometer (KM) untuk ke lebuh raya berkenaan.


Mengenai cadangan Ong supaya pengguna tidak dikenakan bayaran tol, Rosnah berkata keputusan mengenai kadar tol hanya dimuktamadkan kerajaan apabila projek itu siap dibina.

Menjawab soalan tambahan Anuar Abd Manap (BN-Sekijang) mengenai kos pengambilalihan tanah RM20 juta, Rosnah berkata kos itu mencukupi kerana ia hanyalah untuk tujuan itu sahaja yang tidak termasuk kos pembinaan struktur lebuh raya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=6-v1939vDEQ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori