Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Tolak Permohonan Alvin...

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan dikenali sebagai 'Alvin Goh' yang direman mengikut Akta...

BN Johor Diberi Sasaran...

JOHOR BAHRU : Barisan Nasional (BN) meletakkan sasaran 20 kerusi perlu dimenangi BN...

Macau Scam: 52 Warga...

KUALA LUMPUR - Polis menahan 52 warga China yang dipercayai terlibat dalam sindiket...

Mohd Farhan Mahu Tamat...

KUALA LUMPUR - Atlet judo negara Mohd Farhan Uzair Mohd Fikri mahu memanfaatkan beraksi di gelanggang sendiri untuk menamatkan kemarau 36 tahun skuad judo tanpa pingat emas di...

Pemergian Dr Jamaluddin Satu Kehilangan Buat Negara

KANGAR – Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar menyifatkan Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang terbunuh dalam nahas helikopter petang semalam sebagai pemimpin yang banyak berjasa kepada negara.

“Kemalangan ini sangat mengejutkan dan tidak diduga sama sekali. Saya menganggap kejadian ini sebagai takdir Allah SWT. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham,” kata Azlan.

Beliau ditemui selepas merasmikan penutupan Program Eksplorasi Kemahiran dan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Peringkat Zon Utara di Dewan 2020 di sini, hari ini. Abdul Wahid pula menyampaikan ucaptama program itu.

Azlan turut mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

Sementara itu Abdul Wahid berkata kali terakhir beliau bercakap dengan Allahyarham melalui telefon pada pukul 2.40 petang semalam.


“Kami bekerjasama rapat dalam JPM (Jabatan Perdana Menteri) dan kerap berbincang dalam perkara yang ada kepentingan negara. Allahyarham adalah insan yang berjasa kepada negara dan kematiannya merupakan kehilangan kepada kerajaan dan negara,” kata Abdul Wahid.

Helikopter yang dinaiki Allahyarham Jamaluddin meletup di udara sebelum terhempas di Kampung Sungai Pening, Semenyih, Hulu Langat, Selangor kira-kira pukul 4.55 petang semalam, mengorbankan enam orang.

Lima lagi yang terkorban ialah Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias; ahli perniagaan, Datuk Tan Huat Seang; juruterbang helikopter, Kapten Clifford Fournier; pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran dan pembantu operasi, Aidana Baizieva. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori