Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Hanya 29 Mangsa Pencemaran...

PASIR GUDANG - Jumlah mangsa pencemaran toksik Sungai Kim Kim di sini yang...

Pendaftaran PBS Menerusi JBPM...

BELAGA - Penubuhan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) menerusi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia...

CUEPACS Harap Imbuhan Penjawat...

BUKIT MERTAJAM - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan...

Dasar Perumahan Baharu Diperkenal...

KUCHING - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperkenalkan dasar perumahan rakyat...

Pemuda Tikam Bekas Tunang Giat Diburu

KLUANG – Pihak polis sedang giat memburu seorang pemuda yang disyaki menikam gadis bekas tunangnya di sini dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohd Roze Shaari berkata pihaknya percaya suspek yang berusia lingkungan 20-an masih berada di negeri ini.

“Setakat ini hanya seorang suspek yang dikenal pasti terlibat dan polis sedang berusaha untuk memberkasnya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata pihak polis sudah mempunyai petunjuk dan berharap dapat menyelesaikan kes berkenaan dengan segera.

Siasatan kes dilakukan dari pelbagai sudut termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di dalam dan di luar pasar raya tempat berlaku kejadian, katanya.


Mohd Roze berkata laporan bedah siasat mengesahkan punca mangsa meninggal adalah disebabkan tusukan pisau di rusuk kiri dan terkena paru-parunya.

Beliau berkata ia merupakan kes bunuh bermotifkan dendam serta cemburu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi pihak polis.

Mangsa Nursyafikah Ahmad Ismail, 20, dipercayai ditikam oleh bekas tunangnya kerana merasa cemburu mangsa mempunyai pengganti dan bakal berkahwin tidak lama lagi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori