Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Peniaga Dilepas Tanpa Dibebas...

GEORGE TOWN - Mahkamah Majistret di sini hari ini melepas tanpa membebaskan seorang...

Polis Tahan Sepasang Suami...

SEREMBAN - Polis menahan sepasang suami isteri masing-masing berusia 33 dan 30 tahun...

Fasha Sandha Kerap Selfie...

SERING kali memuat naik gambar di Instagram membuatkan peminat Fasha Sandha tertanya-tanya apakah...

Jentayu Perlu Tunjuk Kemampuan...

KUALA LUMPUR -- Seorang Ahli Parlimen UMNO meminta sebuah syarikat yang hanya baru...

Pendekatan PM Terajui Malaysia Tak Wajar Dipertikai

IPOH – UMNO Perak berpendirian pendekatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menerajui negara tidak wajar dipertikai dan dikaburi dengan pelbagai persepsi yang membawa kepada tuduhan serta fitnah melampau, meskipun mengamalkan keterbukaan menerima pandangan, nasihat dan kritikan membina.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kepimpinan perdana menteri dalam membawa perjuangan UMNO yang digagaskan pemimpin terdahulu merupakan kesinambungan dan menjadi tanggungjawab seluruh anggota parti untuk sama-sama membantu beliau menjayakan agenda parti.

“Badan Perhubungan UMNO Perak berpendapat kesediaan perdana menteri tampil secara terbuka menjawab kritikan, tuduhan dan dakwaan memperlihatkan sikap keterbukaan dan bertanggungjawab beliau sebagai pemimpin.

“Justeru, UMNO Perak menyeru semua pihak agar memberi ruang kepada kepimpinan negara dan parti sekarang untuk melaksanakan agenda transformasi yang sedang berjalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Badan Perhubungan UMNO Perak, yang bermesyuarat semalam, sebulat suara membuat pendirian akan bersama-sama dengan perdana menteri dalam meneruskan kepimpinan bagi kepentingan negara dan keutuhan parti.


Zambry juga berkata UMNO Perak akan memastikan kesatuan keluarga besar parti itu di negeri ini terus dimantapkan dan mengelak serangan dari dalam terhadap kepimpinan yang boleh melemah serta memporak-perandakan UMNO.

“Sebagai tanda sokongan kepada perdana menteri, Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak bertekad untuk memastikan Barisan Nasional terus menerajui pentadbiran negeri ini,” katanya. – BERNAMA

VIDEO SAMPINGAN – BUKAN KEJADIAN DI ATAS

https://youtu.be/fDeLnywSwlk

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori