Dalam satu kenyataan, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, Pakatan Rakyat (PR) akan berakhir andai tumbang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh pada 7 Mei depan.
Menurut beliau, kawasan tersebut menjadi kubu kuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedari awal pembabitannya dalam arena politik, lantas kekalahan di situ merupakan petanda berakhirnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PR sendiri.
[TERDAHULU: Pemuda UMNO Perlu Bekerja Seperti Anak Jantan!]
Memetik kenyataannya dalam laporan Malaysian Digest, “Kita tidak boleh kalah di Permatang Pauh. Sama seperti BN. Mereka tidak boleh kalah atau mendapat majoriti rendah di Rompin.
“Akan ada implikasi besar di peringkat nasional dan (kekalahan di Rompin) juga akan memberi implikasi ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.”
Sekadar informasi, Anwar telah menjadi Ahli Parlimen di kawasan itu semenjak 1982, namun terpaksa melepaskan kerusi tersebut setelah dia berhadapan hukuman penjara pada 1999.
Isterinya yang juga Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail kemudian mengambil alih tugas tersebut sehingga 2008 sebelum Anwar kembali menerajui kawasan itu.
[Pertandingan Empat Penjuru PRK Permatang Pauh]
Namun, atas pemenjaraannya selepas didapati bersalah dalam kes Liwat II awal tahun ini, kerusi tersebut sekali lagi kosong.
PRK kali ini sekali lagi menyaksikan Wan Azizah menjadi calon dan bertanding bersama wakil BN, Suhaimi Sabudin, calon Parti Rakyat Malaysia, Azhar Shah Othman dan wakil bebas, Salleh Ishak.
– MYNEWSHUB.CC
Astro Awani – Analisis Awal PRK Permatang Pauh