Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Snap! 6: Cangkerang iPhone...

Sebanyak 20 Juta unit iPhone 6 dan 6 Plus telah terjual sejak dilancarkan...

Dr MAZA Kayuh Basikal...

MUFTI Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dilantik semula...

Lelaki Maut Dihempap Jengkaut...

SERIAN - Seorang lelaki maut setelah dihempap jengkaut dipandunya semasa bekerja di sebuah...

KKM Tidak Jual MySejahtera,...

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak pernah menjual aplikasi MySejahtera dijual kepada syarikat...

Penganggur Didakwa Bunuh Bekas Tunang Di Kluang

KLUANG – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh bekas tunangnya, awal bulan ini.

Muhammad Irshaduddin Khalis Nasurudin, 23, didakwa menyebabkan kematian dengan niat untuk membunuh Nursyafikah Ahmad Ismail, 20, dengan menggunakan sebilah pisau.

Muhammad Irshaduddin berasal dari Taman Bukit Tiram, Johor Baharu didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan letak motosikal pasar raya Econsave, Jalan Mersing, di sini, pada 5.45 petang, 10 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.


Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan dia mengangguk faham setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nuruhuda Yusof.

Mahkamah menetapkan 26 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norafiah Saini manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori