Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Pengunjung Dipelawa Sertai Program...

PUTRAJAYA - Kolej Restu, kendalian Yayasan Restu mempelawa individu berkelayakan mengikuti program Diploma...

Pemain Kanada Pecah Rekod...

RIO DE JANEIRO - Permulaan yang gemilang ditunjukkan pasukan bola sepak wanita Kanada...

Cabul Pelajar UTAR, Peguam...

KAJANG - Susulan kes seorang lelaki berbadan gempal mencabul dua pelajar Universiti Tunku...

UMNO Ada Pelan B...

Umno mempunyai dua pilihan jika Pendaftar Pertubuhan (ROS) menolak pindaan perlembagaannya untuk menangguhkan...

Penganggur Didakwa Bunuh Warganegara Pakistan

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warganegara Pakistan, Feb lepas.

S Mageshwaran, 19, yang tidak bekerja itu didakwa membunuh Waseem Inayat, 28, di hadapan kedai Rahsia Jelita, No 15 Jalan Ambar, Taman Kok Liang, Jinjang, Sentul, di sini pada pukul 2 petang, 21 Feb lepas.

Mageshwaran didakwa melakukan kesalahan itu bersama-sama seorang penghantar surat Mohamad Redzuan Azhar Palani, 21, yang telah didakwa di mahkamah sama, 10 Mac lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.


Tiada sebarang pengakuan direkodkan dan tertuduh hanya mengangguk sebagai tanda faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menetapkan 1 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori