Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Proton 1 Tank Adventure...

JOHOR BAHRU - Proton 1 Tank Adventure 2018 hari ini meneruskan pertandingannya ke...

Perlu ‘Melompat’ Hulur Bantuan...

TEMERLOH – Pemimpin dan penjawat awam perlu mempunyai sikap ‘melompat’ (segera) untuk menyampaikan...

Rayuan Tambah Hukuman Rohingya...

PUTRAJAYA - Seorang etnik Rohingya, pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR)...

Exco: Sedikit Kecewa Tapi...

SHAH ALAM - Pas melahirkan sedikit kekecewaan terhadap komposisi Exco Selangor yang baharu...

Pengawal Keselamatan Didakwa Bunuh, Cederakan Pegawai Bank

JOHOR BAHARU – Seorang pengawal keselamatan dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang pegawai bank di sini, dua minggu lepas.

Rosly Mohd Ismail, 44, didakwa membunuh Ho Chin Tau, 33, di tingkat 1, Bank HSBC, Jalan Molek 1/10, Taman Molek di sini kira-kira 3.40 petang, 17 April lepas.

Rosly yang berasal dari Bandar Baru Uda di sini, dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung mandatori, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang berbaju T putih mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Allias. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan Mohd Azlan Shah menetapkan 28 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Dzul Iswari Mohd Jaafar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Rosly mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan pisau terhadap seorang pegawai bank, R.Vasantha Devi, 54.


Dia didakwa melakukan kesalahan berkenaan di alamat, waktu dan tarikh yang sama.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Mohamad Haldar Ab Aziz menetapkan 28 Mei untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Khazrin Haffiz Khalil manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori