Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Penalti Pengendali E-Hailing Langgar...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan...

Anggota Polis URB Parah...

KULIM: Seorang anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) cedera parah selepas terbabas ketika cuba...

William-Kate Dapat Anak Kedua,...

LONDON - Duke of Cambridge, Putera William Arthur Philip Louis, 32 tahun; dan...

Wanita Mabuk Tak Sedar...

Itulah, ada sebabnya kenapa Islam melarang umatnya untuk mengambil minuman beralkohol. Kisah benar...

Peniaga Tak Beretika Kaut Untung Rosakkan Kebaikkan GST

PUTRAJAYA – Tindakan segelintir peniaga tidak beretika membuat keuntungan berlebihan dengan mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (CJP) sekali gus dalam satu resit pembelian, merosakkan kebaikan pelaksanaan sistem percukaian itu.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata sistem cukai yang diyakininya baik sejak mempelajarinya dari 1986 itu bagaimanapun telah dimanipulasi dengan kenaikan harga barang yang tidak berpatutan.

“Sepatutnya setiap nilai barang perlu ditolak CJP terlebih dahulu, baharu dicampur dengan kadar GST tetapi apa yang berlaku ialah cukai CJP dicampur dengan GST, contohnya CJP lima peratus ditambah CBP enam peratus (CJP 5%+GST 6%) dan ini jelas menyalahi prosedur pelaksanaan cukai GST,” katanya.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Goods and Services Tax (GST) Menurut Perspektif Islam di Masjid Putra di sini hari ini, Ahmad berkata beliau sedia dikritik dan diperkecilkan dalam usahanya menerangkan mengenai kebaikan serta prosedur pelaksanaan GST.

Beliau berkeyakinan kritikan itu akan berakhir apabila peniaga dan rakyat mula memahami serta menyesuaikan diri dengan pelaksanaan cukai itu.


Maslan berkata walaupun Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menetapkan tempoh enam bulan bagi ‘menstabilkan’ penerimaan terhadap pelaksanaan GST itu namun beliau meminta jabatan itu untuk mengurangkan tempoh tersebut kepada hanya tiga bulan.

“Kritikan yang diterima tidak menjatuhkan moral saya untuk terus memberi penjelasan kerana secara prinsipnya saya tahu GST adalah lebih baik daripada CJP dan pelaksanaannya memberi banyak kebaikan kepada peniaga, rakyat dan negara,” katanya.

GST pada kadar enam peratus mula dilaksanakan 1 April lepas bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (CJP) yang berkadar keseluruhan 16 peratus. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • GST

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori